Monday, 15 April 2013

Kelenjar tiroid

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Anatomi dan stuktur
Kelenjar tiroid terdiri dari dua lobus, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Keduanya dihubungkan oleh suatu struktur ( yang dinamakan isthmus atau ismus. Setiap lobus berbentuk seperti buah pir. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang tipis danpretracheal fascia. Pada keadaan tertentu kelenjar tiroid aksesoria dapat ditemui di sepanjang jalur perkembangan embriologi tiroid.

Penyakit kelenjar tiroid

Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

ICT Dalam Pendidikan




3 KELEBIHAN UTAMA ALAT ICT UNTUK PENDIDIKAN
1‧Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar.
2‧Melalui ICT, dengan mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar.
3‧Melalui ICT, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.






KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [ICT]


Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.  Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur.  Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.  Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.  Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.  

Satelit
Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa belayar.  Jika dahulu ada yang merujuk  keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa.  Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik.  Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.

Hubungan Antarabangsa
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICTmempercepat hubungan antarabangsa.Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan.  Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. 
Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta  seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung.  Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.
Pembelajaran Berbantukan Komputer
Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah.  Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan.  Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut pernah menggegarkan seluruh Malaysia.  Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah.

Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia  untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.

Sunday, 7 April 2013

NEGERI SEMBILAN TEMPAT LAHIRKU.


Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan
  • Selangor di utara;
  • Pahang di timur;
  • Johor di tenggara;
  • Melaka di selatan; dan
  • Selat Melaka di barat.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol



GEOGRAFI
Negeri Sembilan diambil dari sembilan daerah iaitu dan dibakukan menjadi Negeri Sembilan.
  • Port Dickson ڨورت ديكسون
  • Kuala Pilah كوالا ڨيله
  • Tampin تمڨين
  • Jempol جمڨول
  • Jelebu جلبو
  • Rembau رمباو
  • Seremban سرمبن
  • Rasah راسه
  • Teluk Kemang تلوك كمڠ
Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-
  • Jelebu
  • Inas
  • Johol
  • Rembau
  • Sungai Ujong
  • Tampin
  • Jempol
  • Ulu Muar
  • Gunung Pasir
Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Rembau, Kuala Klawang, Tampin dan Port Dickson



Tempat pelancongan

 Gunung

  1. Gunung Angsi, Kuala Pilah
  2. Gunung Dato, Rembau
  3. Gunung Tampin, Tampin
  4. Gunung Antu Besar, Kenaboi

 Hutan lipur

  1. Hutan Lipur Serting Ulu, Serting Ulu
  2. Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah
  3. Hutan Lipur De Bana, Lui Barat
  4. Hutan Lipur Jeram Tengkek, Tengkek

 Padang golf

  1. Gemas Golf Resort, Gemas
  2. Tuanku Jaafar Golf & Country Club, Seremban
  3. Nilai Springs Golf & Country Club, Nilai
  4. Staffield Country Resort, Mantin

 Muzium

  1. Muzium Adat, Lubok China
  2. Muzium Lukut, Lukut
  3. Muzium DiRaja, Seri Menanti

 Air terjun

  1. Air Terjun Lata Kijang, Kenaboi
  2. Air Terjun Jeram Gading, Titi
  3. Air Terjun Jeram Toi, Pantai

Pantai

  1. Pantai Teluk Kemang, Teluk Kemang
  2. Blue Lagoon, Teluk Kemang
  3. Pantai Port Dickson, Port Dickson

Tempat menarik

  1. Teratak Za'ba, Batu Kikir
  2. Kampung Sungai Lonek, Batu Kikir
  3. Kampung Serting, Serting
  4. Perkampungan Orang Asli, Durian Tipus
  5. Kampung Seri Menanti, Seri Menanti
  6. Kampung K. Klawang, Kuala Kelawang
  7. Talang Dam, Tanjong Ipoh
  8. Makam Tuan Tulis, Kuala Talang, Tanjong Ipoh
  9. Taman Tasik Seremban, Seremban
  10. Kampung Pelegong, Seremban
  11. Masjid Tugu, Seremban
  12. Stesen Kereta Api Seremban, Seremban
  13. Rumah Api Tanjong Tuan, Teluk Kemang
  14. Kubu Lukut, Lukut
  15. Kolam Air Panas Pedas, Pedas
  16. Pedas Wet World, Pedas
  17. Istana Seri Menanti, Seri Menanti
  18. Kompleks Kraftangan Kebudayaan dan Muzium Negeri Sembilan, Seremban
  19. Muzium Tentera Darat, Port Dickson
  20. Pantai Port Dickson, Port Dickson atau Sirusa

 

BTOB

Love this group so much...

BtoB : Korean: 비투비; acronym for Born to Beat) is a seven member male group from South Korea formed in 2012 by Cube Entertainment. The group consists of Seo Eunkwang, Lee Min Hyuk, Lee Changsub, Lim Hyunsik, Peniel D. Shin/Shin Dong-geun, Jung Ilhoon and Yook Sungjae. The group debuted on March 22, 2012 on M! Countdown with Insane and Imagine
Birth nameDate of Birth [28]
RomanizedHangulRomanizedHangul/Hanja
Eunkwang은광Seo Eun Kwang서은광/徐恩光(1990-11-22) November 22, 1990 (age 22)
Minhyuk민혁Lee Min Hyuk이민혁/李旼赫(1990-11-29) November 29, 1990 (age 22)
Changsub창섭Lee Chang Sub이창섭/李昌燮(1991-02-26) February 26, 1991 (age 22)
Hyunsik현식Lim Hyun Sik임현식/任炫植(1992-03-07) March 7, 1992 (age 21)
Peniel프니엘Peniel D. Shin, Shin Donggeun프니엘, 신동근/辛東根(1993-03-10) March 10, 1993 (age 20)
Ilhoon일훈Jung Ilhoon정일훈/鄭鎰勳(1994-10-04) October 4, 1994 (age 18)
Sungjae성재Yook Sungjae육성재/陸星材(1995-05-02) May 2, 1995 (age 17)

Sunday, 24 March 2013

Importance of ICT in Primary

Information and Communication Technology (ICT) is important in primary education because it enables kids to search for the information they need and to organize what they have found. As children progress through the school system, they become increasingly responsible for their own learning. Many believe that ICT needs to be better integrated into curriculums so all schools produce computer literate, independent learners.

Lesung Pipit

Lesung pipit adalah lekukan pada kulit yang terbentuk pada pipi beberapa orang, terutama ketika mereka tersenyum (bisa jadi tidak terlihat jika orang tersebut adalah laki-laki yang memiliki rambut pada wajahnya). Kemungkinan lesung pipit adalah warisan genetik, tetapi tidak ada bukti menunjukkan lesung pipit terjadi daripada genetik. Pada beberapa individu, lesung pipit kadang muncul pada suatu waktu tapi di waktu lain tidak muncul. Lesung pipit biasanya ditemukan pada kedua-dua pipi. Jenis yang jarang adalah lesung pipit tunggal, yang terjadi pada satu sisi wajah saja.
Pada beberapa kebudayaan (termasuk di Indonesia), lesung pipit menjadi suatu daya tarik tersendiri. Orang yang memiliki lesung pipit dianggap sebagai orang yang menarik

Sunday, 24 February 2013

Hi

Hi semua blogger.Terima kasih sebab sudi singgah dekat blog saya ini.Saya tak selalu buka blog ini.Kadang-kadang je.Blog saya ni tak de la menarik sangat.Biasa je.Tak tau la nak post apa.Kalau post macam-macam takut ada orang terasa.Tak pasal-pasal kena bash.Hati saya dah berpunya.He is my crush.Ini twitter saya ---> https://twitter.com/96_aisyah Kalau nak follow la.